HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
bongsu neraka mutiara kisah anak anti video kaabah kereta kuiz rampa pantun speak borak akaun shirt kata kita teka minda sambung games nama diari pelekat teki
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Terapi Solat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
tokkmudim
Timbalan Dekan
Timbalan Dekan


Number of posts: 2844
Location: ada kapal besar2 & kontena byk2
Points: 1031
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-12

PostSubject: Terapi Solat   Wed Oct 22, 2008 8:07 am

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

_________________
~tadahan Doa Untuk KEbahagiaan DAlam TAngisan~
Back to top Go down
Zahabur
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 535
Points: 1043
Reputation: 9
Registration date: 2009-04-22

PostSubject: Re: Terapi Solat   Sun May 03, 2009 1:51 am

Betul la ada hikmah mendirikan solat.... oh ya

_________________
Tuhanku Maha Kaya Raya
lagi Maha Melindungi!
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 827
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Terapi Solat   Tue May 12, 2009 6:31 pm

Kalau tertinggal wajib qadha kan? bukan sengaja tinggal tetapi tertidur @ masa suntuk. Contoh time kerja then ada meeting...

Camana tu? boleh bro rimau berikan nasihat sikit?

Laughing

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Back to top Go down
Zahabur
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 535
Points: 1043
Reputation: 9
Registration date: 2009-04-22

PostSubject: Re: Terapi Solat   Fri May 15, 2009 3:17 am

Kalau tertido dimaafkan tapi wajib qadha....tapi masa keje atau meeting tu dah dikira sengaja tinggal solat....sebab masa keje ada time rehat,boleh ambik sedikit masa tu untuk solat sejekap...yang wajib tetap wajib... Kalau kita kerja dengan majikan yang islam mesti dia faham...sebab tu makruh kalau bekerja dengan majikan yang bukan islam.... Tapi tak kira la samada tertinggal atau sengaja tinggal wajib qadha juga...yang penting niat kerana Allah pandang pada niat hamba2 Nya.... Smile

_________________
Tuhanku Maha Kaya Raya
lagi Maha Melindungi!
Back to top Go down
Al-Bahr
Sarjana Muda
Sarjana Muda


Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Points: 827
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-16

PostSubject: Re: Terapi Solat   Fri May 15, 2009 9:25 am

Oh, begitu...tima kasih bro rimau...macam jadi topik soaljawab agama pulak...bukan niat nak off topik tapi tajuknya pun dah 'Terapi Solat', jadi saya tanyalah berkenaan solat...maaflah tuan rumah (tokkmudim). Kalau tokk sudi, sambunglah lagi posting topik ini. Boleh saya tanya apa2 yang tak pasti berkenaan topik ni kat tokk...

_________________
Aku Berlindung Dengan Nama ALLAH Dari Syaitan Yang Direjam
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Back to top Go down
Madah
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 40
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-07-25

PostSubject: Re: Terapi Solat   Sun Jul 26, 2009 7:07 pm

Taniah atas kajian tersebut.
saya rasa ada bagusnya kalau mereka yang membuat kajian tersebut membukukan hasil penemuan tersebut dan mempermudahkan isi kandunagnnya tetapi masih mengekalkan ciri-ciri penerangan saintifik untuk tatapan muslimin dan muslimat sekalian.

pastinya buku tersebut akan mendapat sambutan. at least something yang berbaloi dilakukan.
Back to top Go down
slipar
Pensyarah
Pensyarah


Number of posts: 733
Points: 1237
Reputation: -1
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Terapi Solat   Sun Jul 26, 2009 7:17 pm

jangan kita jual beli aqidah kita . jgn pulak solat nak sihat .
Back to top Go down
Madah
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi


Number of posts: 40
Points: 447
Reputation: 0
Registration date: 2009-07-25

PostSubject: Re: Terapi Solat   Sun Jul 26, 2009 8:07 pm

..... Surprised
Back to top Go down
 

Terapi Solat

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Agama-
Post new topic   Reply to topic