HomeHome  ­PortalPortal  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  ­About usAbout us  
Akibat masalah teknikal, EMK akan ditutup dan berpindah di www.eminda.forumotion.com Sila register di sana dan berforum seperti biasa. Terima Kasih.
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Pengumuman Terkini
Tiada pengumuman terkini.

*Hubungi administrator untuk sebarang maklum balas di pentadbir.emk@gmail.com

Blog Pilihan
Latest topics
» Umar Al Khatab r.u
Sun Jul 25, 2010 2:11 pm by Zulia

» Pendeta Yahudi dan Ulama Islam
Sun Jul 25, 2010 11:55 am by Zulia

» Bagaimana Al Quran disembunyikan?
Sun Jul 25, 2010 6:44 am by Zulia

» Solat=komitmen=membaca=ajaran tolokminda & the geng
Sat Jul 24, 2010 10:44 pm by gaara

» Sang Kancil yang cerdik
Sat Jul 24, 2010 7:23 pm by faried

» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Sat Jul 24, 2010 9:48 am by PenjunjungEhsan

» Siapa tak kenal Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Nair?
Sat Jul 24, 2010 12:21 am by gaara

» Kitab Kesaksian Yang Kuat
Thu Jul 22, 2010 9:04 pm by PenjunjungEhsan

» Konsistensi Perjuangan Para Nabi
Thu Jul 22, 2010 7:48 pm by othman

» Jin pun sanggup
Wed Jul 21, 2010 2:34 pm by Zulia

» realiti hidup sendiri
Wed Jul 21, 2010 1:56 pm by faried

» Kesan mendustai Kitab Allah
Wed Jul 21, 2010 1:02 pm by faried

» Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme dalam forum
Wed Jul 21, 2010 12:57 pm by othman

» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
Wed Jul 21, 2010 12:14 am by gaara

» Cahaya matahari masuk ke dalam rumah
Tue Jul 20, 2010 11:59 pm by Zulia

Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 879 registered users
The newest registered user is kkk369

Our users have posted a total of 54683 messages in 1600 subjects
Top posters
Admin (3753)
 
mekganu (3628)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Juang (2737)
 
Kalam (2630)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Poll
FIFA World Cup 2010 (South Africa), anda minat tengok?
Sangat minat
66%
 66% [ 4 ]
Bolehlah
33%
 33% [ 2 ]
Sikit-sikit
0%
 0% [ 0 ]
Tak minat langsung
0%
 0% [ 0 ]
Total Votes : 6
Keywords
bongsu akaun video kata kita anti pantun borak speak pelekat kisah games diari mutiara nama sambung kereta minda anak teka kaabah neraka kuiz rampa shirt teki
September 2010
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
CalendarCalendar
Post new topic   Reply to topicShare | 
 
 Sujud Sahwi

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2  Next
AuthorMessage
abah05
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 1
Points: 757
Reputation: 0
Registration date: 2008-08-10

PostSubject: Sujud Sahwi   Thu Apr 09, 2009 11:26 pm

Assalamualaikum .... mohon bantuan .... sesiapa boleh ceritakan sedikit fasal sujud sahwi ni?? Perlu atau tidak perlu dilakukan ... jika boleh dengan nas-nas nya sekali. Terima kasih.
Back to top Go down
penditaputra
Dekan
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 35
Location: dalam gua, bertapa
State:
Points: 838
Reputation: 0
Registration date: 2008-06-30

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Thu Apr 16, 2009 12:43 am

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

_________________
Let Your Imagination Drives You to the Front.....!!

Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Fri Apr 17, 2009 4:10 pm

Salamun alaikum.

Pada pendapat saya, hukum yang diada-adakan oleh manusia ini akhirnya membebankan manusia itu sendiri. Contohnya sujud sahwi dilakukan kerana kelebihan/ kekurangan dan rasa was-was dalam rakaat solat.

Jika kita solat hanya berpandukan ajaran Al-Quran, perkara sebegini tidak akan timbul kerana dalam Al-Quran tidak dinyatakan bilangan rakaat dalam solat. Jika Allah tidak menetapkan bilangan rakaat dalam solat, maka kita boleh melakukannya mengikut kemampuan dan keikhlasan. Oleh itu tidak timbul rasa was-was dsb. Perlu diingat, Allah tidak mahu menyusahkan hambaNya. Memadailah jika kita menurut ajaran yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.

Terima kasih.
Back to top Go down
penditaputra
Dekan
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 35
Location: dalam gua, bertapa
State:
Points: 838
Reputation: 0
Registration date: 2008-06-30

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Sat Apr 18, 2009 12:04 am

haiyaa....!!

_________________
Let Your Imagination Drives You to the Front.....!!

Back to top Go down
Kawan
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 2
Points: 505
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Sat Apr 18, 2009 4:01 pm

Haiyya...apa mau susah. Kalau teringat nak buat...buat la.

Bab perkara lupa ni, kalau kita ikut cara solat yang Quran anjur pun, kalau Allah dah nak bagi lupa..lupalah kita.
Back to top Go down
Adli
Profesor Madya
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Points: 2466
Reputation: 4
Registration date: 2008-04-13

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Sun Apr 19, 2009 6:53 pm

Lupa tu bukan perbuatan yang sengaja. Dan Allah Maha Pengampun. So buat sahaja apa yang ikhlas. Tujuan solat nak didik jiwa jadi ikhlas, bukannya kuat was-wasnya.
Back to top Go down
Anak_Pejuang
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 44
Points: 730
Reputation: 0
Registration date: 2008-10-16

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Tue Apr 21, 2009 12:11 am

Solat bagaimana rukunnya? Nak dapatkan ikhlas bagaimana ya? Bagaimana pula untuk dapatkan khusyuk kalau tiada syarat dan rukun-rukunnya?

Jika tiada rakaat, maka bagaimana anda solat bayau? adakah dengan memandai-mandai?
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Tue Apr 21, 2009 2:39 am

Anak_Pejuang wrote:
Solat bagaimana rukunnya? Nak dapatkan ikhlas bagaimana ya? Bagaimana pula untuk dapatkan khusyuk kalau tiada syarat dan rukun-rukunnya?

Jika tiada rakaat, maka bagaimana anda solat bayau? adakah dengan memandai-mandai?

Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang berkait rapat dengan perlakuan solat (menyembah Allah) iaitu berdiri, rukuk dan sujud. Dan, tidak pula terdapat dalam Al-Quran rukun-rukun lain yang menjadi pegangan kebanyakan masyarakat Islam masa kini seperti iktidal, duduk tahiyat dan memberi salam.

"Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih." (5:6)

"Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud." (22:26)

"Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung." (22:77)

Dan dalam Al-Quran juga, kita boleh memendekkan solat dengan berdiri dan terus melakukan sujud mengikut situasi-situasi tertentu seperti ayat ini.

"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.(4:102)

Soal ikhlas dan khusyuk bergantung kepada individu sebenarnya kerana dia sahaja yang tahu apa sebenarnya pengertian ikhlas dan khusyuk itu.

Mengapakah perlu ditetapkan bilangan rakaat dalam solat sedangkan dalam Al-Quran tidak disebut pun tentang itu? Jika Allah tidak menetapkan bilangannya, mengapa manusia memandai-mandai nak buat hukum lalu wajib pula diikuti oleh orang lain? Adakah Allah kehabisan kata-kataNya?

"Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami mendatangkan pengisian semula yang serupa dengan itu." (18:109)

Dalam hal ini, terpulanglah kepada keikhlasan dan kemampuan individu untuk melakukan bilangan rakaat dalam solat kerana Allah tidak pernah menyusahkan hamba-hambaNya melainkan manusia itu sendiri yang menyusahkan manusia yang lain.
Back to top Go down
cinderella
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 9
Points: 512
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Tue Apr 21, 2009 9:00 am

Kebaikan seseorang hamba itu,
Bermula daripada membaikkan sembahyangnya,
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya,
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya,
Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca,
Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan
pun mencurah-curah,
Dianugerahkan kepadanya,

Allah Taala akan bersihkan jiwanya,
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya,
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah,
bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal,
pemaaf pun berbunga,
Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga,
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara,
Kerana itu betulkan sembahyang kita,
Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya,

Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang,
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang,
Sembahyang adalah ibu ibadah,
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan,
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian,
Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik,
Jika sembahyang sudah dicuaikan,
Atau bersembahyang tidak ada penghayatan,
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup,

Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang,
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman,
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan,

Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang. flirty
Back to top Go down
Anak_Pejuang
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 44
Points: 730
Reputation: 0
Registration date: 2008-10-16

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Tue Apr 21, 2009 11:35 am

bayau wrote:
Anak_Pejuang wrote:
Solat bagaimana rukunnya? Nak dapatkan ikhlas bagaimana ya? Bagaimana pula untuk dapatkan khusyuk kalau tiada syarat dan rukun-rukunnya?

Jika tiada rakaat, maka bagaimana anda solat bayau? adakah dengan memandai-mandai?

Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang berkait rapat dengan perlakuan solat (menyembah Allah) iaitu berdiri, rukuk dan sujud. Dan, tidak pula terdapat dalam Al-Quran rukun-rukun lain yang menjadi pegangan kebanyakan masyarakat Islam masa kini seperti iktidal, duduk tahiyat dan memberi salam.

"Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih." (5:6)

"Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud." (22:26)

"Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung." (22:77)

Dan dalam Al-Quran juga, kita boleh memendekkan solat dengan berdiri dan terus melakukan sujud mengikut situasi-situasi tertentu seperti ayat ini.

"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.(4:102)

Soal ikhlas dan khusyuk bergantung kepada individu sebenarnya kerana dia sahaja yang tahu apa sebenarnya pengertian ikhlas dan khusyuk itu.

Mengapakah perlu ditetapkan bilangan rakaat dalam solat sedangkan dalam Al-Quran tidak disebut pun tentang itu? Jika Allah tidak menetapkan bilangannya, mengapa manusia memandai-mandai nak buat hukum lalu wajib pula diikuti oleh orang lain? Adakah Allah kehabisan kata-kataNya?

"Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami mendatangkan pengisian semula yang serupa dengan itu." (18:109)

Dalam hal ini, terpulanglah kepada keikhlasan dan kemampuan individu untuk melakukan bilangan rakaat dalam solat kerana Allah tidak pernah menyusahkan hamba-hambaNya melainkan manusia itu sendiri yang menyusahkan manusia yang lain.

Nak tanya juga : Mana satu yang didahulukan? Jadi dari mana anda dapat tentang rakaat sedangkan ALlah tidak sebut? Dari mana anda ambil tentang rakaat sembahyang? Mengapa anda memandai-mandai?
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Tue Apr 21, 2009 2:04 pm

Anak_Pejuang wrote:

Nak tanya juga : Mana satu yang didahulukan? Jadi dari mana anda dapat tentang rakaat sedangkan ALlah tidak sebut? Dari mana anda ambil tentang rakaat sembahyang? Mengapa anda memandai-mandai?

Salam Anak Pejuang.

Saya tidak memandai-mandai. Mungkin saja anda terlepas pandang ayat Al-Quran yang dalam posting saya sebelum ini.

"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina."(4:102).
Back to top Go down
Teringintahu
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 98
Points: 607
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Tue Apr 21, 2009 3:30 pm

Cuba rujuk Asbabun Nuzul bagi Ayat tersebut. Bukankan itu adalah berkaitan denga Solat Dhuhur, iaitu ia bukan solat semasa bila sedang dalam keadaan aman dan damai serta hidup selesa?

Itulah masalahnya hanya bergantung kepada Al-Qur'an semata-mata tanpa mahu merujuk kepada peristiwa kenapa sesuatu Ayat Allah itu turun (Asbabun Nuzul).
.
.
Back to top Go down
Anak_Pejuang
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 44
Points: 730
Reputation: 0
Registration date: 2008-10-16

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Wed Apr 22, 2009 10:48 am

Quote:
"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan
solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri
bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka.
Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan
hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah
bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata
mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada
senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu
kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika
kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan
senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah
menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang
hina."(4:102).

Anda ikut atau tidak solat sebagaimana yang diterangkan dalam terjemahan al Quran di atas. Bawa senjata sekali atau tidak? Takkan memandai-mandai sendiri? Ini namanya sudah melawan perintah ALlah.

Lagi satu saya tanya - mana ayat tentang rakaat? Tiba-tiba kamu letak rakaat pulak nih?
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Wed Apr 22, 2009 11:29 am

Teringintahu wrote:
bayau wrote:
Anak_Pejuang wrote:

Nak tanya juga : Mana satu yang didahulukan? Jadi dari mana anda dapat tentang rakaat sedangkan ALlah tidak sebut? Dari mana anda ambil tentang rakaat sembahyang? Mengapa anda memandai-mandai?

Salam Anak Pejuang.

Saya tidak memandai-mandai. Mungkin saja anda terlepas pandang ayat Al-Quran yang dalam posting saya sebelum ini.

"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina."(4:102).

Cuba rujuk Asbabun Nuzul bagi Ayat tersebut. Bukankan itu adalah berkaitan denga Solat Dhuhur, iaitu ia bukan solat semasa bila sedang dalam keadaan aman dan damai serta hidup selesa?

Itulah masalahnya hanya bergantung kepada Al-Qur'an semata-mata tanpa mahu merujuk kepada peristiwa kenapa sesuatu Ayat Allah itu turun (Asbabun Nuzul).
.
.

Kalau anda benar, buktikan bahawa ayat di atas berkaitan dengan solat zhuhur. Nah, saya buktikan hanya melalui Al-Quran bahawa dhuhur adalah satu waktu dan tidak mengena dengan solat.

"Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur, dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu." (24:58)
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Wed Apr 22, 2009 11:48 am

Anak_Pejuang wrote:
Quote:
"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan
solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri
bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka.
Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan
hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah
bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata
mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada
senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu
kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika
kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan
senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah
menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang
hina."(4:102).

Anda ikut atau tidak solat sebagaimana yang diterangkan dalam terjemahan al Quran di atas. Bawa senjata sekali atau tidak? Takkan memandai-mandai sendiri? Ini namanya sudah melawan perintah ALlah.

Lagi satu saya tanya - mana ayat tentang rakaat? Tiba-tiba kamu letak rakaat pulak nih?

Sudah berulang-ulang kali dinyatakan bahawa ayat di atas hanyalah satu situasi bagaimana solat dilakukan dalam keadaan berjaga-jaga semasa perang. Situasi ini boleh dilakukan contohnya untuk para tentera bukan orang awam seperti kita. Adakah ayat tersebut masih belum jelas pada anda? Apa yang saya dapat simpulkan di sini bahawa seolah-olah anda cuba mencari kelemahan Al-Quran dan masih ragu-ragu pada ayat-ayat Allah.

"Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam." (10:37)

Jika rakaat Allah tidak sebut dalam Al-Quran, tidak usahlah kita membuang masa memikirkan bilangan rakaat yang harus dibuat. Memadailah mengikut kemampuan dan keikhlasan kita kerana di akhirat nanti Allah tidak akan soal berapakah bilangan rakaat yang kita kerjakan.

Terima kasih.
Back to top Go down
Teringintahu
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 98
Points: 607
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Wed Apr 22, 2009 12:20 pm

bayau wrote:
Teringintahu wrote:
bayau wrote:
Anak_Pejuang wrote:

Nak tanya juga : Mana satu yang didahulukan? Jadi dari mana anda dapat tentang rakaat sedangkan ALlah tidak sebut? Dari mana anda ambil tentang rakaat sembahyang? Mengapa anda memandai-mandai?

Salam Anak Pejuang.

Saya tidak memandai-mandai. Mungkin saja anda terlepas pandang ayat Al-Quran yang dalam posting saya sebelum ini.

"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina."(4:102).

Cuba rujuk Asbabun Nuzul bagi Ayat tersebut. Bukankan itu adalah berkaitan dengan Solat Dhuhur, iaitu ia bukan solat semasa bila sedang dalam keadaan aman dan damai serta hidup selesa?

Itulah masalahnya hanya bergantung kepada Al-Qur'an semata-mata tanpa mahu merujuk kepada peristiwa kenapa sesuatu Ayat Allah itu turun (Asbabun Nuzul).
.
.

Kalau anda benar, buktikan bahawa ayat di atas berkaitan dengan solat zhuhur. Nah, saya buktikan hanya melalui Al-Quran bahawa dhuhur adalah satu waktu dan tidak mengena dengan solat.

"Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur, dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu." (24:58)

Bukankah aku dah kata kena rujuk Asbabun Nuzul Ayat tersebut?

Quote:

"Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan
senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina."(4:102).

Kau tak nampakkah ada disebutkan senjata tu?

Baca ni:

{Quote}
Dalam suatu riwayat dikemukaka bahawa ketika Rasulullah s.a.w. bersama Shahabatnya di 'Ashfan datanglah serbuan kaum musyrikin, yang di antaranya terdapat Khalid bin Walid. Mereka berada di arah qiblat. Kemudian Nabi s.a.w.mengimami shalat Dhuhur. Kaum musyrikin berkata: "Alangkah baiknya kalau kita bisa membunuh pemimpinnya dalam keadaan demikian.". Yang lainnya berkata: "Sebentar lagi akan datang waktu shalat, dan mereka lebih mencintai shalat daripada anaknya atau pun diri sendiri.". Lalu turunlah Jibril antara waktu Dhuhur dan "ashar membawa Ayat ini (S.4 : 102)
[Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim dan disshahihkan oleh a-Bukhari di dalam Kitabnya ad-Dalil yang bersumber dari Ibnu az-Zurgi. Diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi seperti peristiwa di atas yang bersumber dari Abi Hurairah. Demikian juga Ibnu Jarir meriwayatkan dari Jubir bin Abdullah yang bersumber dari Ibnu Abbas.].
[KH Qamaruddin, HAA Dahlan, dan Dr. MD. Dahlan, "Asbabun Nuzul", Diponegoro, Bandung, 1985, Cit, 5, hal. 157.]

Masalahnya, kau orang punya pendirian bukan mahu terima buku riwayat-riwayat itu.

.
Back to top Go down
Teringintahu
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 98
Points: 607
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Wed Apr 22, 2009 12:27 pm

Adli wrote:
Lupa tu bukan perbuatan yang sengaja. Dan Allah Maha Pengampun. So buat sahaja apa yang ikhlas. Tujuan solat nak didik jiwa jadi ikhlas, bukannya kuat was-wasnya.

Khabarnya JAKIM tak lupa memantau Adli dan bayau, betul ke? Sekadar bertana saja.
Itu sebab agaknya ramai Mods dah lari, tak mahu dijangkiti kemungkaran anti hadith.
.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Thu Apr 23, 2009 1:06 am

Salam Teringintahu.

Terima kasih kerana dapat membuktikannya daripada riwayat-riwayat hadis yang anda imani.
Sekarang, buktikan adanya ayat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan solat zohor. Kalau dapat 1 ayat pun jadilah.

"Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Terima kasih.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor

Number of posts: 3753
State:
Points: 2389
Reputation: 5
Registration date: 2008-04-06

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Thu Apr 23, 2009 1:26 am

Teringintahu wrote:
Adli wrote:
Lupa tu bukan perbuatan yang sengaja. Dan Allah Maha Pengampun. So buat sahaja apa yang ikhlas. Tujuan solat nak didik jiwa jadi ikhlas, bukannya kuat was-wasnya.

Khabarnya JAKIM tak lupa memantau Adli dan bayau, betul ke? Sekadar bertana saja.
Itu sebab agaknya ramai Mods dah lari, tak mahu dijangkiti kemungkaran anti hadith.
.

Baguslah kalau ada pemantauan daripada pihak JAKIM. Moga-moga ada di kalangan mereka yang diberi petunjuk oleh Allah.

Kalau ada MOD yang nak lari hanya disebabkan tidak mahu dijangkiti kemungkaran anti-hadis spt yang anda dakwa itu tidak mengapalah sebab itu hak mereka. Kalau mereka lari disebabkan saya pernah menyinggung perasaan atau menyakiti hati mereka, saya mohon maaf banyak-banyak. Siapalah saya nak memaksa merekakan. Smile
Back to top Go down
Teringintahu
Siswa/Siswi
Siswa/Siswi

Number of posts: 98
Points: 607
Reputation: 0
Registration date: 2009-04-18

PostSubject: Re: Sujud Sahwi   Thu Apr 23, 2009 2:15 am

bayau wrote:
Teringintahu wrote:

Dalam suatu riwayat dikemukaka bahawa ketika Rasulullah s.a.w. bersama Shahabatnya di 'Ashfan datanglah serbuan kaum musyrikin, yang di antaranya terdapat Khalid bin Walid. Mereka berada di arah qiblat. Kemudian Nabi s.a.w.mengimami shalat Dhuhur. Kaum musyrikin berkata: "Alangkah baiknya kalau kita bisa membunuh pemimpinnya dalam keadaan demikian.". Yang lainnya berkata: "Sebentar lagi akan datang waktu shalat, dan mereka lebih mencintai shalat daripada anaknya atau pun diri sendiri.". Lalu turunlah Jibril antara waktu Dhuhur dan "ashar membawa Ayat ini (S.4 : 102)
[Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim dan disshahihkan oleh a-Bukhari di dalam Kitabnya ad-Dalil yang bersumber dari Ibnu az-Zurgi. Diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi seperti peristiwa di atas yang bersumber dari Abi Hurairah. Demikian juga Ibnu Jarir meriwayatkan dari Jubir bin Abdullah yang bersumber dari Ibnu Abbas.].
[KH Qamaruddin, HAA Dahlan, dan Dr. MD. Dahlan, "Asbabun Nuzul", Diponegoro, Bandung, 1985, Cit, 5, hal. 157.]

Masalahnya, kau orang punya pendirian bukan mahu terima buku riwayat-riwayat itu.

.

Salam Teringintahu.

Terima kasih kerana dapat membuktikannya daripada riwayat-riwayat hadis yang anda imani.
Sekarang, buktikan adanya ayat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan solat zohor. Kalau dapat 1 ayat pun jadilah.

"Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Terima kasih.

Kenapa pula bayau minta saya buktikan? Saya tak pernah kata atau mendakwa adanya nama solat Zohor dalam Al-Qur'an pun.

Itulah sebabnya kita kena percaya bukan saja kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. bahkan juga ada Asbabun-Nuzul (Latarbelakang Historis Turunnya Ayat-Ayat Al-Qur'an) itu.

Dalam kebanyakan buku terjemahan Al-Qur'an tidak pun ada dipaparkan Asbabun Nuzul. Baya nak tahu apa kalau setakat baca terjemahan Al-Qur'an itu saja.

Mengenai ada Solat Zohor itu:
Quote:

Dalam satu peperangan yang terjadi setelah turunnya Ayat S.4: 101, Rasulullah s.a.w. mendirikan sholat Dhuhur. Di saat itulah kaum musyirikin berkata; "Muhammad dan teman-temannya memberi kesempatan kepada kita untuk menggempur dari belakang, tidakkah kita perhebatkan serbuuan terhadap mereka sekarang ini?". Maka berkatalah yang lainnya: "Sebaiknya kita ambil kesempatan lain, kerana nanti pun mereka akan melakukan perbutan yang serupa di tempat yang serupa dan di tempat yang sama. Maka Allah menurunkan wahyu antara kedua waktu shalat itu (Dzuhur dan Asar) sebagai lanjutan Ayat ini (S. 4: 102) iaitu in "[b]khiftum" sampai ""[adzaban muhina[/b]" (S. 4: 102) dan kemudian Ayat shalaltul khauf (S. 4: 103].
[Diriwayatkan oleh Ibnu Jariri yang bersumber dari 'Ali]
[KH Qamaruddin, HAA Dahlan, dan Dr. MD. Dahlan, "Asbabun Nuzul", Diponegoro, Bandung, 1985, Cit, 5, hal. 157.]
.

Jadi time solat Zohor itu diketahui bila masanya dan juga nama solat Zohor itu sendiri diketahui adalah solat zohor ialah bila Rasulullah s.a.w. sendiri mendirikannya sebagaimana maksud Asbabun Nuzul bagi Ayat tersebut.

.
Back to top Go down
 
Sujud Sahwi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Goto page : 1, 2  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda Kita :: E-Umum :: Minda Agama-
Post new topic   Reply to topic