Yg membezakannya ialah sejauhmana cinta dan takut Tuhan. Senang ke nak cinta dan takut Tuhan? Dlm Al Quran Tuhan beritahu: 'Akan ditimpa kehinaan dimana saja mereka berada. Melainkan mereka yg melakukan sungguh2 HABLUMMINALLAH dan HABLUMMINANNAS'
Didunia hari ini mana ada sebuah negara umat Islam yg tidak lemah dan hina? Saudi, keselamatan, ketenteraan bergantung dgn US.Termasuklah bidang2 yg lain. Atas nama WAHABI kuatkah Saudi? Atas nama SYIAH kuatkah Iran? nak ada senjata nuklear pun digeledah oleh Barat. Pakistan lagi teruk. Dah hina tak rasa hina. Dah hina masih rasa hebat. Best in the world.
Indonesia, negara umat Islam teramai di dunia. Menteri agamanya pernah mengaku muslim di Indonesia adalah muslim yg taat. Rangking rasuah antara tertinggi di dunia. WAHABI pun rasuah, ASWJ pun rasuah. Yg tawassul pun rasuah yg tak nak tawasul pun rasuah. Tinggal solat, bergaul bebas, dangdut semua bersatu. Rupanya mereka berpecah dlm soal tawasul, usolli, maulidurrasul, talqin tetapi dlm maksiat mereka bersatu. Dlm rasuah bersatu. Dlm bergaul bebas, dangdut bersatu. Sudah tidak boleh diharap kpd muslim yg macam ini. tak kiralah dia wahabi ke syiah ke aswj ke.
Tak kisahlah persekitaran UKM yg ada wahabi ke, syiah ke, aswj ke. Macam perlis, maulidurrasul bidaah, maulid raja perlis ok pula. Jadi mulia lagilah raja perlis berbanding Rasulullah. Cuba tanya mufti perlis, tanya Shahidan Kassim, tanya ke Azmi Khalid Islam apa mcm ni? Seluruh dunia umat Islam terhina sekarang, tak kira atas nama apa sekali pun. Samada atas nama parti politik atau atas nama firqah2 agama yg Rasul kata akan berpecah kepada 73 firqah. Sebenarnya dah berpecah jadi lebih 700. Mcm Gusdur, aswj tapi tak solat.